Thursday 15 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

WAHYU YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
  • Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. :
    • Iaitu suruh al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam untuk membaca.
 
    • Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.
    • Ini adalah membaca dapat memperolehi dan menambah ilmu pengetahuan. Dengan itu juga, seseorang atau sesuatu bangsa akan berilmu dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan juga meningkatkan tamadunnya.
  • Wahyu kedua yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. :

    • Iaitu Suruh al-Muddasir, ayat 1 – 7 .
    • Wahyu ini mengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasululah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
  • Semenjak turunnya ayat al-Quran ini, Nabi Muhammad s.a.w. terus-menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah.
  • Baginda mula meranang untuk menggubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya dan perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap tersebut ialah berusaha untuk membetullkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Baginda menggesa masyarakat disekelilingnya untuk meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesame manusia, membunuh dan mencuri.
Wahyu Pertama yang Diturunkan Oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 
 
Sumber :
Buku Teks Tingkatan 4


SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SEBELEM
 DILANTIK MENJADI RASUL
 
 
  • Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi rasul :
    • Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab, pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran baginda.
    • Namun baginda sering dirujuk kepada moyang baginda, iaitu Hasyim.
    • Kaabah dan telaga zamzam dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dengan pengausaan terhadap Makkah.
    • Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok perniagaan.
    • Salasilah keturunan baginda adalah seperti berikut :

 
  • Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. :
  • Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. :
    • Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang utama adalah
      • Siddiq – berkata benar
      • Amanah – dipercayai
      • Tabliq – menyampaikan
      • Fatanah – bijaksana
    • Baginda digelar al-Almin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
    • Baginda telah menyelesaikan suatu persengkatan di kalangan kabilah Quraisy, iaitu perletakan semula Hajar Aswad.
    • Selalu membantu isterinya memasak, manampal pakaian yang koyak, melayan anak dan membersihkan rimah.
    • Beliau memberi didikan agama yang yang secukupnya dan menjadi teladan kepada anak-anaknya.
    • Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.
    • Baginda sentiasa merendah diri dengan bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau miskin.
    • Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.

  • Sebelum menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah.
  • Baginda bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur.
  • Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610 M., bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada baginda menerusi Jibril. Baginda berumur 40 tahun pada waktu itu

Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Utusan Terakhir
 
Sumber :
Buku Teks Tingkatan 4
http://sejarahform4s4h.blogspot.my/2011/08/keperibadian-nabi-muhammad-saw.html
http://smklsb.tripod.com/nabi_muhd_sblm.htm

Tuesday 13 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH


CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

Perkataan  Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, iaitu jahala yang memberi maksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.



Gambar berikut menunjukkan lokasi tamadun Islam dan keluasannya dari tahun 622 M hingga 632 M.

i. Masyarakat Arab Jahiliah :
    • Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa lebih kurang 310 tahun, iaitu selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak, tahun 300 M, sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. , tahun 610 M.
    • Mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya.
    • Masyarakat yang tidak berakhlak, angkuh, bongkak dan tidak boleh membaca serta menulis.
    • Mereka mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral, seperti berjudi, berzina dan minum arak.
    • Pada pendapat mereka, seorang lelaki telah sempurna sebagai lelaki sekiranya meminum arak sehingga mabuk.
    • Boleh dikategori kepada  dua golongan iaitu :
      • Masyarakat Badwi – tinggal di kawasan gurun dan pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
      • Masyarakat Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab

ii. Kedudukan wanita dalam Masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah :
    • Wanita tidak dapat mewaris harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
    • Terdapat bayi perempuan ditanam hidup-hidup sejurus dilahirkan kerana anak perempuan dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga.
    • Seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus dengan sesiapa yang disukainya
iii. Aktiviti perniagaan :
    • Berasaskan riba dan penindasan.
    • Pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
    • Kegiatan meropak dan merampas barangan daripada kafilah, kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan berniaga atau berpindah atau tujuan yang lain.
    • Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.
    • Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa.

iv. Kepercayaan agama :
    • Agama wathani – menyembah berhala
    • Animisme              – memuja alam seperti pokok
    • Samawi                   – Kristian dan Yahudi
    • Kepercayaan – seperti menilik nasib, sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.
    • Sebilang kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif.

v. Mereka mengamalkan Sistem Kabilah :
    • cara hidup berpuak-puak dan berkelompak
    • Ahli sebuah kabilah terdiri daripada suku tertentu  dan tinggal dalam sebuah kawasan.
    • Mempunyai peraturan dan identiti sendiri.
    • Setiap ahli sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
    • Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang perpaduan kaum.
    • Syarat pelantikan syeikh termasuklah syeikh harus disukai oleh ahli kabilah, dilantikkan atas persetujuan ramai, berfikir matang, gagah, berani serta pandai berpidato.

vi. Kesan Sistem Kabilah :
    • Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
    • Masyarakat sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.


VEDEO
Masyarakat Arab Jahiliah

             Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
             http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm

Saturday 3 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA


Ekonomi Tradisional dan Ekonomi Dagangan


Ekonomi Tradisional
  • Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.
  • Contoh: melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
  • Lebihan hasil digunakan untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendura, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah.
  • Lebihan hasil juga disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.
  • Masyarakat Melayu :
  • mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan kelapa.
  • menternak binatang seperti ayam, itik dan kerbau untuk menambah sumber makanan
  • Aktiviti ekonomi yang diusahakan bertujuan untuk memenuhi keperluan sendiri.
  • Teknologi mudah digunakan dalam menjalankan aktiviti ekonomi.
  • Penanaman padi- tajak, cangkul, tugal dan tenggala.
  • Sistem pengairan mudah- sumber air dari sungai atau hujan.
  • Penangkapan ikan- tali kail, bubu dan jala.
  • Kaedah menangkap ikan bergantung pada kawasan penangkapan sama ada di laut, sungai atau sawah padi.
  • Ekonomi sara diri digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia.
  • Tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak- melibatkan ahli keluarga sahaja.
  • Tidak wujud pengkhususan pekerjaan- pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

Tugal
Sumber: http://www.tanamsendiri.com/2011/11/alatan-kayu-tugal.html




Tenggala



Tajak
Sumber: http://warisanbudaya.50webs.com/file/Tajak.html


Bubu Ikan

Ekonomi Dagangan

  • Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran hasil untuk tujuan pemasaran.
  • Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India.
  • Bijih timah digunakan untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.
  • Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
  • Pembesar yang memiliki lombong bijih timah- Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi.
  • Kedatangan British ke Tanah Melayu dan penguasaaan mereka terhadap pelabuhan utama telah mewujudkan rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat.
  • Mereka menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.
  • Kepesatan dasar pertanian menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan.
  • Mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi).
  • Dwiekonomi-  wujud dua bentuk ekonomi secara serentak
  • Hanya menumpukan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat.
  • Ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri di pantai Barat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
  • Perkembangan industri perlombongan- buruh luar dari China dan India dibawa masuk untuk memenuhi keperluan sektor pertanian yang berkembang.

Perbandingan antara ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan

Perusahaan Getah

  • Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabakan permintaan yang tinggi terhadap getah.
  • Pada awal abad ke-20, tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.



Peranan Henry N. Ridley
  • Beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura.
  • Menyakinkan para peladang untuk menanam getah.
  • Mengadakan pameran.
  • Mengagihkan benih getah secara percuma.
  • Memperkenalkan kaedah penorehan getah yang sesuai dan tidak merosakkan pokok.
  • Sistem menoreh secara ibidem atau sistem bentuk tulang ikan kering.
Ladang Getah


Gambar Henry N. Ridley




Perkembangan Industri Pembuatan Barangan
  • Getah digunakan dalam indusri pembuatan kasut, tayar, peralatan elektrik dan lain-lain.
  • Meningkatkan permintaan getah.
  • Harga getah melambung tinggi.
Kemasukan Modal Asing
  • Modal milik Eropah
  • Modal dibawa masuk melalui penubuhan syarikat perwakilan.
  • Modal yang mencukupi melalui penjualan saham di London.
  • Contoh syarikat perwakilan yang menguruskan menguruskan eksport getah ialah Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.
Dasar British
  • Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.
Pihak British:
  • Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
  • Memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah
  • Pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.
Kemasukan Buruh dari India
  • Membawa masuk pekerja asing dari selatan India.
  • Membekalkan tenaga buruh yang ramai dan mencukupi.
  • Kos menggunakan buruh dari India juga rendah- bayaran gaji yang murah.
  • Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah.
Infrastruktur
  • Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pertanian komersial ke pelabuhan.
Kemerosotan Harga Getah
Faktor:
  • Kemelesetan ekonomi dunia- permintaan terhadap getah berkurangan.
  • Pengeluaran getah yang berlebihan.
Langkah:
Rancangan Sekatan Stevenson (1922):
  • Menahan kejatuhan harga
  • Prinsip: Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
  • Selepas tahun 1934, nilai eksport getah mula stabil disebabkan oleh peningkatan permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar.


Jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan antara tahun 1929-1932.
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Industri Perlombongan
  • Perlombongan merupakan kegiatan ekonomi dagangan yang penting bagi orang Melayu.
  • Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi = Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam.
  • Kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah, arang batu, bauksit, antimoni dan bijih besi.
  • Perusahaan Bijih Timah mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada Britsh berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
  • Menyebabkan penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan.
Pada pertengahan abad ke-19:
  • Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah .
  • Mereka dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
  • Kebenaran perlu diperoleh daripada pembesar Melayu untuk mengusahakan
  • aktiviti perlombongan.
  • Hasil bijih yang dilombong perlu dijual semula kepada mereka.
  • Harga bijih ditentukan oleh pembesar Melayu.
Pada awal abad ke-20:
  • Industri perlombongan bijih timah dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
  • Pemodal dari Eropah mampu menyediakan modal untuk penggunaan teknologi kapal korek.
  • Penggunaan kapal korek- aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran.
  • Berubah daripada insentif buruh kepada insentif modal.
  • Enakmen dan undang-undang telah diguba dan diluluskan.
  • Memastikan penguasaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
  • Pembesar Melayu yang tidak berupaya menyediakan modal mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri-Negeri Selat.
  • Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang utama di dunia.


Kawasan Lombong

Kapal Korek
Penggunaan Tenaga Buruh Luar
  • Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi.
  • Pihak British membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
  • Buruh dari India- bekerja di ladang getah.
  • Buruh dari China- bekerja di lombong bijih timah.
Faktor kedatangan buruh China dan India:
  • Galakan kerajaan British
  • Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
  • Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun membuka banyak peluang pekerjaan
  • Kestabilan politik di Tanah Melayu

Sistem Tiket Kredit
  • Kheh-thau (ketua) mengumpulkan bakal imigran (Sin kheh) ke Tanah Melayu dari kampung-kampung di negara China.
  • Kheh-thau dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa.
  • Sin kheh ialah imigran miskin dari China yang tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
  • Membuat perjanjian secara lisan atau bertulis
  • Untuk menjelaskan hutang mereka dengan bekerja dengan majikan dalam tempoh masa tertentu.
  • Tiket dibekalkan untuk membolehkan mereka pergi ke pelabuhan yang ditentukan.
  • Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh.
  • Pemborong buruh ialah orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk sin kheh.
  • Jawatan pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan untuk mengawasi kemasukan buruh dari China.
  • Kerajaan British menggantikan sistem ini dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
  • Pegawai akan dihantar oleh majikan ke China untuk mendapatkan buruh yang diperlukan.
  • Tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.
  • Pegawai yang dihantar perlu mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga sampai di tempat majikan.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
  • Sesebuah rumah kongsi akan melantik pegawai di negara China untuk mendapatkan buruh yang diperlukan.
  • Pegawai tersebut membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi.
  • Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
Kemasukan Buruh China ke Sarawak:
  • Cara kemasukan buruh berubah kerana wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikat yang beribu pejabat di Singapura.
  • Kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara kumpulan.
  • Sebab: Persetujuan antara Wong Nai Siong (Ketua Foochow di Sibu) dengan Charles Brooke
  • Imigran Foochow diperlukan unuk mengusahakan tanah dan mebangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Sistem Buruh Bebas atau Merdeka
  • Buruh dari India akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
  • Buruh ini bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.
Sistem Kontrak
  • Majikan akan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu.
  • Sebagai balasan, buruh perlu bekerja dengan majikan untuk jangka masa antara 1-3 tahun dengan bayaran gaji antar 9-13 sen sehari.
  • Dianggap sebagai satu bentuk perhambaan yang tidak ketara.
  • Sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh.
  • Sistem ini digantikan dengan sistem kangani.

Sistem Kangani
  • Diperkenalkan apabila Undang-Undang Tabung Imigresen India dikuatkuasakan.
  • Seseorang kangani yang diberikan kepercayaan oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
  • Kangani- ketua, tandil atau mandur.
  • Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba ke Tanah Melayu.
  • Menjadikan kangani seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.
  • Sistem ini diharamkan.
  • Sebab: Berlaku penyelewengan oleh kangani.


Video:






Video Sejarah Tingkatan 4 Bab 10



Sumber Rujukan: